TERUJA DENGAN BLOGGER

Assalamualaikum uols :)

Mempunyai ramai pengikut dan penyokong adalah salah satu impian seorang blogger. Mereka mahu blog mereka dijadikan sebagai wadah utama, untuk menyampaikan ilmu yang mereka rasakan bermanfaat.
seth godin
Persoalan seperti di atas mewujudkan satu tanda tanya, tentang kaedah yang efektif untuk membina pengaruh dalam komuniti maya menerusi blog.
Ramai orang yang mempunyai blog. Tetapi hanya segelintir sahaja blog yang menjadi tarikan pengguna Internet tempatan. Dalam apa jua niche blog yang diceburi, populariti menunjukkan betapa besarnya pengaruh blog kita.
Kita mempunyai pilihan untuk menjadi popular, yakni dengan cara yang bersih atau sebaliknya.
Cara yang bersih adalah menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti, penuh dengan fakta dan rasional dan elemen yang paling penting adalah artikel itu dapat membantu pembaca, dalam mencapai apa yang diinginkan apabila mereka  melawat blog kita.
Persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan artikel seperti ini?


Membaca Lebih Banyak Buku (50 Sekurang-kurangnya)
Dalam buku Get Rich Faster karya Azizi Ali, beliau menyatakan populariti yang beretika datang daripada kepakaran penulis dalam menyampaikan topik yang berkaitan dengan industrinya.
Menjadi pakar bidang adalah penting. Supaya kita dapat menjadi bahan rujukan orang ramai mengenai subjek atau industri. Ini yang menyebabkan blog Darren Rowse popular dalam subjek buat duit dengan blog.
Kerana beliau bukan sahaja fokus. Malah rajin membaca dan berkongsikan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan subjek ini menerusi buku-buku atau bahan ilmiah.
50 buku sekurang-kurangnya
Kata Azizi Ali, menjadi pakar memerlukan kita untuk membaca lebih 50 buah buku yang berkaitan dengan industri. Lebih banyak lebih bagus.
Kerana semakin banyak buku yang kita baca, maka semakin banyak skop ilmu mengenai industri yang dapat dikongsikan menerusi blog. Dari sini pembaca dapat lihat kepelbagaian ilmu yang kita sampaikan dalam setiap artikel baru.
Artikel ini bukan sahaja segar dengan idea baru, namun ia melambangkan kita sebagai seorang penulis blog yang beretika. Yakni melakukan kajian menerusi pembacaan bahan ilmiah, sebelum menyampaikan sesuatu ilmu.


Sinergikan Aktiviti Membaca dan Menulis
Orang yang suka membaca dianggap pasif kerana mereka hanya bertindak untuk mendalami ilmu pengetahuan. Manakala orang yang suka menulis dianggap aktif kerana mereka cenderung untuk menyampaikan sesuatu menerusi mana-mana medium (blog misalnya).
sinergikan aktiviti membaca
Justeru itu, untuk menjadikan blog kita blog yang berpengaruh, maka sinergikan kedua-dua aktiviti ini.
Ia bermakna, gabungkan aktiviti sambil membaca, sambil menulis. Dalam masa sama, aktiviti blogging akan menjadi lebih indah kerana kita dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat secara konsisten.

Artikel kat atas just copy paste jew.. kredit kat http://www.majalahniaga.com
Tak sangka lak jadi seorng blogger nie boleh menjana p'dapatan..Teruja mmg teruja tapi Linda tulis blog pon just suka-suka..klu dapat hsil itu adalah rezeki kan..Blog linda dri segi dasarnye hasil dri khidupan harian or mgguan gtu cz linda nie bzy gan kejaya..bila ada msa pon just time cuti je..Linda wat blog nie just untk kenangan, mana nak tau klu ada yng sudi baca..Tapi linda lebih mharap agar "sedia" mnenjah blog linda nie..n untk msa akan dtng mne nak tau kot anak cucu nak baca blog mak die yng suka b'celoteh x tentu hala..
Tapi bila linda tengok blogger2 yng bjaya ada asa jeles gak rsa mcm nak jdi cam die orng jgak..mklum la linda nie bkan pndai sgat bab nie smua, so linda tumpang tgok n baca jew la..And seblum tu linda ucapkan tahniah kat blogger2 yng dah "BERJAYA" ya..
Blog linda nie lebih kurang khidupan peribadi boleh diadabtasikan sebagai diary ke-dua selain photo diary linda sbb tu la dalam blog linda nie penuh gan gambar jew..Sape ynng sudi baca and tngok linda ucapkan terima ksih yng x t'kira dri linda..Klu dari blog linda nie ada yng trasa or mrasa linda Mohon Maaf..Linda adalah mnusia biasa ada salah n silapnye..Klu x suka boleh abaikan...sekiann........ :)
saje nak mnempel gambaq sendiri hehehe...kredit kat tgan photographer nie..


JANGAN LUPA LIKE FANPAGE LINDA
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment